Pembangunan di Balik Pulau


Balik Pulau di tahun 2010 bagaimanapun, sesuai dengannya sebagai pusat pentadbiran Daerah Barat Daya, sedang mengalami pembangunan yang agak pesat dengan kompleks-kompleks awam baru yang telah siap atau hampir siap dibina di sepanjang Jalan Balik Pulau dari Kongsi hingga ke Simpang Empat-Genting - sebuah Masjid Daerah, sebuah Ibu Pejabat Polis, sebuah Perpustakaan, sebuah Mahkamah dan sebuah Mahkamah Syariah. Malah Balik Pulau juga telahpun dicakupi dengan liputan jalur lebar berwayar melalui TM dan tanpa wayar melalui Celcom dan Maxis, dan wajarnya khidmat Unifi TM dalam jangka masa terdekat.

Taman-taman perumahan & beberapa sekolah baru juga tumbuh macam cendawan di Kongsi, Sungai Rusa, Sungai Burung dan Simpang Empat. Di Botanica.CT misalnya, sedang dibangunkan sebuah kawasan perumahan dan komersil seluas 300 ekar, dan terbaru, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengumumkan rancangan untuk membangunkan kawasan seluas 200 ekar sebagai zon 'pendidikan cemerlang.

1 comment:

  1. Hmm, perhaps should include some attribution to original pages these and other text came from.

    Thanks.

    ReplyDelete