Socio-Culture


Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Fasa II

Proses mengenal pasti Industri Kecil dan Sederhana (IKS) melibatkan kampung-kampung yang terdapat di Balik Pulau merangkumi 11 buah kampung. Kampung-kampung yang terlibat Permatang Pasir, Simpang Empat, Pondok Upeh, Sungai Burong, Genting, Terang, Titi Teras, Pulau Betong, Sungai Pinang, Kongsi, dan Kampung Perlis. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti lokasi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terdapat di kampung-kampung tersebut. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk mengetahui aktiviti sosio-budaya yang dijalankan oleh masyarakat setempat.

Antara produk yang dihasilkan di IKS Balik Pulau:

Pes sup serbaguna dan acar buah

 Acar buah merupakan produk yang dihasilkan seorang pengusaha IKS di Sungai Burong

Ikan kering merupakan satu lagi produk IKS yang dihasilkan oleh sepasang suami isteri yang menjadikan jualan ikan kering sebagai pendapatan utama.

Ikan kering yang telah dijemur

Cik Embun pengusaha kerepek ubi kayu antara IKS yang terdapat di Kampung Pondok Upeh

Puan Saadah adalah pemilik kepada Nuriza Jaya Enterprise turut dibantu oleh suaminya dalam mengusahakan perusahaan belacan ini

Roti canai segera keluaran Hasnah Delima Enterprise didapati telah berjaya memasuki pasaran seluruh Pulau Pinang seperti pasar raya besar Tesco dan Giant

Pada 27 Julai yang lalu kami telah menemu bual pengusaha IKS yang mengusahakan produk berasaskan buah pala di Kampung Sungai Rusa, Puan Rohani bt Mohd Hassan. Menurut beliau jus buah pala ini amat baik untuk kesihatan terutamanya kepada mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi dan kencing manis. Tambahan lagi buah pala ini yang bersifat panas mempunyai pelbagai kegunaan dari daun pokok sehingga biji buah tersebut.

Jus Pala yang dihasilkan di Kampung Sungai Rusa sedia untuk dipasarkan

Antara produk lain yang turut dihasilkan Rohani Enterprise

Hussain Sate telah bertapak di dalam bidang perniagaan lebih dari 40 tahun dan resipi sate ini diwarisi dari nenek pengusaha sendiri. Hussain Saidin, pengusaha turut berkata sate ini telah dikenali seluruh pelosok Pulau Pinang dan Hussain Sate ini turut mempunyai premisnya sendiri di Pasar Awam Balik Pulau.

 Sate Hussain adalah keluaran IKS di Kampung Permatang Pasir

Sate yang siap dihidangkan

Kuih siput yang dihasilkan di Kampung Permatang Pasir dan diusahakan sendiri oleh pengusahanya Puan Puteh Ahmad tanpa mengupah pekerja.

Pembantu Pelajar (PP) sedang menemubual seorang pengusaha kuih siput

Kuih siput yang sedia untuk digoreng


Kuih siput yang sedia untuk digoreng

Puan Puteh Ahmad (tengah) bersama PP

Temubual yang dijalankan di Kampung Genting yang mengusahakan kerepek pisang
 
Antara produk yang dihasilkan di Kampung Kongsi adalah karipap segera, donut, dan kuih pak tongko.

Karipap segera yang menjadi tumpuan penduduk di sekitar Kampung Kongsi

Donut yang siap diadun
 
Kuih pak tongko merupakan sejenis kuih yang popular dalam kalangan masyarakat cina, tetapi telah diusahakan oleh seorang penduduk melayu di Kampung Kongsi.
 
 Kuih pak tongko

Kampung Pulau Betong turut menghasilkan produk IKS sendiri seperti mini popia dan kuih bangkit. Mini popia ini diusahakan oleh Puan Faridah Omar pengusaha kepada Betong Indah Enterprise manakala kuih bangkit pula dikeluarkan oleh SAZA Enterprise.

Mini popia keluaran Kampung Pulau Betong

Mini popia siap untuk dihidangkan

Popia nestum turut dikeluarkan oleh Betong Indah Enterprise
 
Kuih bangkit keluaran SAZA
 
Bekas simpanan kuih bangkit
 
Keluaran Kampung Sungai Burong
 
Maruku gunting Pakuda
 
Maruku gunting yang dalam proses pengeluaran


Maruku gunting yang dalam proses pengeluaran

Produk IKS pakuda merupakan produk  yang diusahakan oleh seorang pengusaha IKS di bawah bantuan KPW. Dalam masa yang sama, perniagaan yang dijalankan turut dibantu oleh beberapa orang penduduk yang lain.

Cara tradisional membuat cucur peneram

Cucur peneram yang dibuat dihasilkan melalui beras yang ditumbuk secara manual menggunakan penumbuk tradisional yang telah berusia berpuluh tahun dan telah digunakan secara turun temurun. Menurut pengusaha sendiri cara manual ini diamalkan supaya tidak hilang ramuan yang diwarisi sejak turun temurun.

Kuih peneram yang siap dibuat menggunakan beras yang ditumbuk
 
Karipap pusing keluaran Kampung Sungai Burong


Karipap pusing yang diusahakan secara meluas dan  mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi.

Perusahaan mee kuning yang dimiliki oleh Hajjah Baniah Industries terletak di Kampung Titi Teras. Selain mee kuning, perusahaan ini juga mengeluarkan produk lain seperti air minuman soya, tauhu dan dadih.


Produk yang dihasilkan

Mee kuning sedang diproses

Tauhu yang dihasilkan

IKS di Kampung Sungai Pinang turut mengeluarkan produk seperti kerepek pisang dan maruku.

Kerepek pisang yang dihasilkan disini

Maruku yang siap dibungkus

Peralatan yang digunakan dalam penghasilan maruku


Telur itik yang akan dijadikan telur masin


Telur masin yang telah siap diproses untuk dijual

Kuah rojak yang dihasilkan di Kampung Perlis

Kuah Rojak

Kraftangan yang dikeluarkan di Kampung Perlis

Salah satu kraf tangan yang dijalankan di Kampung Perlis. Pengusaha tersebut mendapat banyak tempahan apabila tiba musim perkahwinan dan hanya beliau sahaja generasi yang ada untuk mengusahakan kraf tangan ini tanpa pewaris tunggal.

IKS yang terdapat di Kampung Simpang Empat antaranya adalah mini piza dan kedai roti. Kedua-dua kedai ini telah mendapat bantuan awal daripada pihak Pertanian dan KPW.

Piza yang dijual di Kampung Simpang Empat


Kedai roti yang terletak bersebelahan dengan kedai piza diusahakan bersama oleh Noorrida Bt Din dan Sarimah Bt Hamidun.


Roti yang telah siap dihasilkan oleh pengusaha IKS di Kampung Simpang Empat



Kajian ini yang bermula pada awal bulan Julai kini dalam proses untuk menyiapkan transkrip. Hasil yang diperolehi sepanjang temu bual ini mendapati penduduk kampung menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan di rumah dan kebanyakannya hanya menggunakan sumber tenaga kerja dalam kalangan ahli keluarga sendiri sahaja. Selain, terdapat perniagaan yang diusahakan berpotensi untuk dimajukan kerana penduduk kampung yang terlibat bukan sahaja bersungguh-sungguh menjalankan perniagaan tersebut, tetapi wujud cuma kekangan dari segi modal dan mesin yang menyebabkan langkah mereka untuk meluaskan lagi perusahaan tersebut sedikit terganggu.